Wednesday, 24 June 2015
Tuesday, 23 June 2015
ESEI LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PERKHIDMATAN DI PPUKM
Pengguna masa
kini mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai produk yang mereka
beli. Mereka menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik berbanding
dengan harga yang mereka bayar. Mereka juga mempunyai alternatif yang luas
untuk memilih penjual yang dapat menawarkan produk dengan nilai yang terbaik
kepada mereka.
Justru
itu, adalah menjadi cabaran kepada setiap organisasi (awam dan swasta) yang
menawarkan produk / perkhidmatan supaya lebih komited terhadap isu meningkatkan
kualiti perkhidmatan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan perlu menjadi satu
agenda penting dalam perancangan strategik organisasi.
Begitu
juga dengan pusat perubatan UKM,sebagai sebuah hospital yang menyediakan
pelbagai perkhidmatan perubatan kesihatan sudah semestinya perkhidmatan yang
berkualiti harus menjadi keutamaan pihak pengurusan hospital.
Untuk
mencapai dan memenuhi keperluan sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta
mengekalkan kualiti perkhidmatan hospital. Antara
kriteria dan keperluan yang dimaksudkan ialah:-
1) Kepimpinan
– customer-value / -service
Pemimpin menentukan corak dan halatuju organisasi. Untuk
menjayakan misi perkhidmatan pelanggan, para pemimpin PPUKM mestilah dari mereka yang berfahaman dan
mempraktik kepimpinan / pentadbiran
Kefahaman
keperluan pelanggan
PPUKM perlu
memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan dengan sebaiknya supaya mampu
memenuhinya dengan tepat, malah dapat menawarkan lebih daripada yang mereka
perlukan.
2) Tatacara
& budaya kerja – excellent
customer servis
PPUKM perlu
menetapkan piawai, proses, prosedur, arahan dan budaya kerja yang mempastikan excellent customer servis sekiranya ingin mencapai dan
mengekalkan tahap penyampaian produk yang berkualiti.
3) Fasiliti yang sempurna
Kesempurnaan dari aspek fasiliti (peralatan, teknologi,
lojistik dll.) yang bersesuaian dan bertepatan dengan produk yang dihasilkan
adalah sangat penting bagi membolehkan PPUKM melaksanakan misi perkhidmatan pelanggannya.
4) Sumber yang mencukupi
Dalam penyediaan dan penyampaian produk kepada pelanggan,
PPUKM perlu memastikan berbagai sumber (pengetahuan & kepakaran, bahan,
kewangan dll.) adalah mencukupi supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan
kaedah yang paling efisen.
5) Sikap
& komitmen pekerja – customer-driven
Walau sebaik mana pun proses, prosedur, fasiliti dan
sumber yang disediakan, namun jika sikap dan komitmen pekerja tidak berciri customer-driven, maka PPUKM tidak akan mencapai tahap perkhidmatan
pelanggan yang berkualiti.
6) Sistem
pemantauan
PPUKM perlu
mengamalkan sistem pemantauan yang berkesan kepada setiap aktiviti dalam
penyediaan dan penyampaian produk kepada pelanggan. Melalui pemantauan kepada
proses dan aktiviti dalaman dan interaksi luaran dengan pelanggan, PPUKM akan sentiasa bersedia memperbaiki segala
kekurangan dan kesilapan.
Selain itu antara langkah-langkah tambahan yang
boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di PPUKM adalah dengan
cara :-
1. PROSES Q
- Proses Q adalah rangkaian tindakan yang lengkap bagi menjalankan sesuatu
kerja. Proses Q disediakan dalam bentuk carta dan gambarajah bagi memberi gambaran
yang lebih jelas tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan. Ia perlu
dipamerkan di tempat kerja dan mudah dilihat oleh pekerja- pekerja PPUKM khusus bagi staf-staf kaunter. Proses Q yang disediakan
untuk staf PPUKM perlu mengandungi jangka masa bagi menyelesaikan tiap-tiap
tindakan. Ini adalah penting kerana jangka masa ini adalah standard yang
ditetapkan bagi tindakan berkenaan. Gambarajah atau carta Proses Q perlu juga
disediakan dan dipamerkan bagi kegunaan dan kemudahan pelanggan- pelanggan
PPUKM. Dari carta ini pelanggan-pelanggan akan memahami apakah
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berurusan dengan PPUKM ini. Selain daripada langkah- langkah dan
peraturan yang perlu diikuti, Proses Q perlu juga mempamerkan borang-borang yang
perlu diisi dan dokumen- dokumen yang perlu disertakan
2.SISTEM
MAKLUM BALAS PELANGGAN - Bagi mengatasi masalah yang dihuraikan di
atas, pihak hospital hendaklah mewujudkan satu sistem maklum balas pelanggan.
Sistem ini adalah berdasarkan prinsip asas kualiti bahawa penyampaian
perkhidmatan hendaklah memenuhi kehendak sebenar pelanggan. Oleh yang demikian,
para pelanggan berkenaan hendaklah
diberi peluang yang sewajarnya bagi mengutarakan pandangan mereka terhadap
perkhidmatan yang dinikmati. Dengan berbuat demikian pihak PPUKM dapat mengetahui tanggapan pelanggannya
mengenai prestasi agensi berkenaan. Secara khusus, ianya dapat mengukur tahap
kepuasan pelanggannya terhadap perkhidmatan yang disampaikan.
3.
HARI KUALITI - Pewujudan Hari Kualiti adalah bertujuan untuk
memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam PPUKM. Di samping itu ia juga
bertujuan memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan dedikasi pekerja
dan pihak pengurusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh jabatan-jabatan
mereka ke arah peningkatan kualiti. Hari tersebut adalah merupakan satu acara
bagi mewujudkan kesedaran para pekerja bahawa satu perubahan telah berlaku
dalam PPUKM dan pengiktirafan diberi untuk perubahan-perubahan tersebut.
Perubahan yang dimaksudkan ini adalah dari segi kejayaan dalam usaha-usaha
peningkatan kualiti keluaran/perkhidmatan yang berkualiti.
4.GERAKAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN AKTIVITI-AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI
- Bagi mewujudkan satu budaya kerja yang
berteraskan kualiti di kalangan semua pekerja, beberapa aktiviti hendaklah
dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti dalam PPUKM. Aktiviti-aktiviti ini
adalah seperti berikut:
1) Anugerah Kualiti Perdana Menteri, Kerajaan telah
pun memberi Anugerah Kualiti Perdana Menteri sebagai satu tanda penghargaan
kepada sesuatu agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam tahun
yang berkenaan. Anugerah ini akan disampaikan setiap tahun pada 9hb November
sempena Hari Kualiti Sedunia.
2) Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam
Perkhidmatan Awam. Panduan ini menjadi rujukan asas kepada PPUKM dalam usaha mereka untuk menghasilkan
perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti. Berpandukan kepada Panduan tersebut,
jabatan-jabatan di PPUKM adalah dikehendaki menyediakan Panduan
Pengurusan dan Peningkatan Kualiti masing-masing.
3)
Bengkel-bengkel Latihan Beberapa Bengkel Pengurusan dan Peningkatan Kualiti
telah diadakan bagi Penyelaras-penyelaras Kualiti dan Produktiviti dan
Pasukan-pasukan Petugas mereka. Selepas menghadiri latihan ini, Penyelaras-penyelaras
Kualiti dan Produktiviti serta Pasukan-pasukan Petugas mereka adalah
dikehendaki melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti di agensi
masing-masing. Selain itu mereka juga perlu melatih dan mendidik
pegawai-pegawai dan staf di bawah jagaan mereka tentang pengurusan yang
berkualiti.
4) Ceramah dan Perbincangan .Ceramah-ceramah dan
perbincangan-perbincangan mengenai pengurusan dan peningkatan kualiti dalam
PPUKM hendaklah diberikan iaitu bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi
kesedaran jabatan-jabatan ini tentang
pengurusan kualiti
Sebagai penutup adalah amat penting bagi sesebuah
hospital untuk mempunyai satu sistem pengurusan yang cekap dan efisien didalam
menguruskan perkhidmatan serta penjagaan perawatan yang berkualiti kepada pesakit
dan pelanggan.Dimana semua masyarakat
maklum akan kepentingan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti diberikan oleh pihak
PPUKM akan menjadikan rakyat hidup lebih
sejahtera.
BAKUL CUTE HASIL DARI SURAT KHABAR
1)Bahan2 yang diperlukan,amat mudah di cari dan murah.....surat khabar yang dah dibaca,gunting,gam,2 bulatan kertas keras(saya amik dari kotak kasut) dan lidi panjang yang keras.
3)ini contoh kertas surat khabar yang telah siap digulung
4)kemudian susun diatas kertas keras yang dibuat bulatan(untuk tapak)
5)seterusnya tutup dengan kertas keras yang lagi satu..lebih kurang beginilah....
6)kemudian jalin satu persatu,secara berselang2...lakukan sehingga sampai ke penghujung atau mengikut kegemaran masing2...
7)apabila sudah sampai ke penghujung,potong bahagian yang teratas tersebut
8)kemudian selitkan bahagian yang hujung tersebut kedalam lipatan yang telah dijalin..untuk kekemasan....
10)bakul itu boleh la dicat atau varnish untuk kelihatan lebih menarik lagi.......sekarang boleh diisi dengan pelbagai barangan seperti pen,alatan tulis,barang hiasan dan sebagainya...selamat mencuba dan semoga berjaya.
Saturday, 20 June 2015
10 GAMBAR INOVASI DALAM BIDANG PERUBATAN
10 gambar inovasi dalam perubatan
(sungguh menakjubkan……………..)
Di cipta untuk melihat perkembangan bayi semasa 9 bulan dalam kandungan. Ia adalah satu alat elektronik berpangkalan peranti yang menggunakan teknologi paparan stretchable moden untuk melihat kawasan-kawasan abdomen terutamanya di dalam rahim ibu. Lazimnya ibubapa hanya berpeluang melihat anak mereka dua kali di imbas sebelum dilahirkan. Bagaimanapun dengan alat perubatan ini ibubapa boleh melihat bayi bergerak, tidur, mneguap atau senyum pada bila-ila masa sahaja. Alat ini juga digunakan intuk melihat bagaimana reflex bayi dan menjawab rangsangan luaran seperti suara dan muzik.
2.WATER BIRTH TUB
Proses melahirkan di air hampir menyerupai dengan melahirkan normal, hanya tempatnya yang berbeza. RSU Bunda Margonda menyediakan kemudahan water birth dengan bathtub yang dirancang khusus untuk melahirkan dalam air dengan pompa pengatur agar air tetap bersirkulasi, water heater untuk menjaga air tetap hangat, serta termometer untuk mengukur suhu. Bathtub yang sudah disterilisasi kemudian diisi air yang suhunya disesuaikan dengan suhu tubuh, iaitu sekitar 36-37°C. Ruangan diberikan aromatherapy agar ibu `relax` dan dipasang muzik yang
menenangkan.
3.SIGNOS
Alat ini adalah inovasi perubatan dari Medicals Signostic yang dikenali sebagai SIGNOS. Ia adalah ultrasound terkecil di dunia. Berat ultrasound ini kurang daripada 300gam dengan saiz sama seperti PDA. Ia menyediakan ultrasound cepat dan kos efektif yang menampilkan resolusi yang tinggi. Inovasi ini perlu ,untuk doktor kerana saiz yang kecil , unik , mudah di bawa dan boleh di simpan ke dalam poket . Mengandungi teknologi MotionScape dan Sector View dengan stetoskop dalaman (3.5MHz/7.5MHz). Menghasilkan imej resolusi tinggi dengan menggunakan kad memori microSD yang boleh menyimpan lebih 20,000 imej. Imej dan laporan boleh dicetak untuk analisis terperinci. SIGNOS ini akan menjadi perhatian yang besar dan sistem pemantauan pesakit yang jauh terutamanya di kawasan luar Bandar
4.MESIN PEREDARAN DARAH
Pada masa kini,pengurutan kaki merupakan cara perubatan asli yang diketahui ramai,alat-alat fisiologi juga semakin popular. Selama ini,Mesin Peredaran Darah menerokai pasaran dengan kesan pemulihannya yang memuaskan. Selain daripada ia bermulti-fungsi dan harganya yang munasabah,sebab utamanya adalah ia membantu pengguna-penggunanya memperolehi kesihatan semula . Mesin Peredaran Darah ini direka berdasarkan cara perubatan tradisi Cina termasuk urut kaki,`gua sa`,`akupunktual` dan perubatan barat termasuk elektrik statik dan ‘ultra long wave’.Mesin ini boleh menyelaraskan sistem peredaran darah dan urat di dalam badan manusia.
5. SPECTRA KNEE CPM
Alatan ini sangat berguna kepada pesakit terutamanya pesakit orthopedic selepas pembedahan kaki dimana ia berfungsi menggerakkan kaki untuk senaman. Memudahkan pegawai physiotherapy kerana ia hanya perlu meletakan kaki pesakit diatas alat tersebut dan mesin ini akan menggerakan kaki pesakit berdasarkan masa dan juga paras ketinggian yang telah disetkan pada CPM berkenaan
6.Iomai Corp
Adalah satu alat yang digunakan untuk menyuntik vaksin kepada pesakit yang takut ataupun tidak selesa sekiranya menggunakan jarum dan picagari. Cara yang terbaru ini akan menyamaikan vaksin melalui kulit pesakit tanpa merasa sakit. Walaupun cara suntikan yang diberi berbeza dengan cara menggunakan jarum dan picagari, tetapi kesan vaksin yang diberikan adalah sama dengan cara suntikan melalui jarum dan picagari. Tambahan pula, tindak balas vaksin tersebut ke atas sistem immunisasi pesakit pun adalah sama. Cara ini amat bagus untuk mengubah psikologi pesakit terhadap pemberian vaksin kerana bagi mereka suntikan vaksin sakit apabila menggunakan jarum dan picagari.
7.VEIN VIEWER
Urat darah mungkin sukar untuk dikesan dalam kebanyakkan pesakit tidak mengira umur, ton atau keadaan kulit sekali pun. Oleh itu, satu syarikat telah mencipta satu alat untuk memudahkan pegawai perubatan dalam mengesan urat darah bagi pesakit mereka. Nama alat pengesan urat tersebuat adalah Vein Viewer. Alat tersebut adalah sesuatu yang unik dan sesuai dengan teknologi terkini kerana alat tersebut akan digunkan untuk mengesan urat pesakit yang berada di bawah kulit dan alat tersebut juga akan memantulkan imej urat pesakit di atas permukaan kulit supaya mudah dan jelas untuk dilihat.
8.STORK
9.ROBOT JURURAWAT
Robot jururawat yang diberi oleh nama uBOT-5 ini diperkembangkan oleh Rod Grupen, ilmuwan komputer dari Universiti Massachusetts. uBOT-5 ditambah dengan dua tangan yang boleh membawa benda kecil. Keunikan, robot ini juga dapat mempergunakan stetoskop untuk memeriksa keadaan kesihatan pesakit.
10.. TenderTYKES Pacifier Digital Thermometers
Alat ini adalah salah satu inovasi untuk memudahkan pengambilan sushu badan bayi terutamanya untuk kegunaan dirumah. Ia sangat lembut dan berbentuk ‘orthodontic nipple’ dan pengambilan suhu adalah selama 90 saat. Ia boleh merekod suhu, kalis air untuk mudah dicuci dan juga dilen
ABOUT ME
NAMA:
ASMAWATI BT MUHAMMAD
NO MATRIK: A
143754
PROGRAM: IJAZAH
SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER: 2
2014/2015
TUTORIAL:
GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
MASA:
1500-1800
TEMPAT:
TINGKAT 5 BLOK PENDIDIKAN
EMAIL: watieymuhammad@gmail.com
FACEBOOK: MC
TEE MUHAMMAD
NO TEL
RUMAH: TIADA
ALAMAT KOLEJ:
TIADA
ALAMAT RUMAH:
NO 32 JALAN IMPIAN MURNI TAMAN IMPIAN
MURNI
SAUJANA IMPIAN 43000 KAJANG SELANGORWednesday, 17 June 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)