10 gambar inovasi dalam perubatan
(sungguh menakjubkan……………..)
Di cipta untuk melihat perkembangan bayi semasa 9 bulan dalam kandungan. Ia adalah satu alat elektronik berpangkalan peranti yang menggunakan teknologi paparan stretchable moden untuk melihat kawasan-kawasan abdomen terutamanya di dalam rahim ibu. Lazimnya ibubapa hanya berpeluang melihat anak mereka dua kali di imbas sebelum dilahirkan. Bagaimanapun dengan alat perubatan ini ibubapa boleh melihat bayi bergerak, tidur, mneguap atau senyum pada bila-ila masa sahaja. Alat ini juga digunakan intuk melihat bagaimana reflex bayi dan menjawab rangsangan luaran seperti suara dan muzik.
2.WATER BIRTH TUB
Proses melahirkan di air hampir menyerupai dengan melahirkan normal, hanya tempatnya yang berbeza. RSU Bunda Margonda menyediakan kemudahan water birth dengan bathtub yang dirancang khusus untuk melahirkan dalam air dengan pompa pengatur agar air tetap bersirkulasi, water heater untuk menjaga air tetap hangat, serta termometer untuk mengukur suhu. Bathtub yang sudah disterilisasi kemudian diisi air yang suhunya disesuaikan dengan suhu tubuh, iaitu sekitar 36-37°C. Ruangan diberikan aromatherapy agar ibu `relax` dan dipasang muzik yang
menenangkan.
3.SIGNOS
Alat ini adalah inovasi perubatan dari Medicals Signostic yang dikenali sebagai SIGNOS. Ia adalah ultrasound terkecil di dunia. Berat ultrasound ini kurang daripada 300gam dengan saiz sama seperti PDA. Ia menyediakan ultrasound cepat dan kos efektif yang menampilkan resolusi yang tinggi. Inovasi ini perlu ,untuk doktor kerana saiz yang kecil , unik , mudah di bawa dan boleh di simpan ke dalam poket . Mengandungi teknologi MotionScape dan Sector View dengan stetoskop dalaman (3.5MHz/7.5MHz). Menghasilkan imej resolusi tinggi dengan menggunakan kad memori microSD yang boleh menyimpan lebih 20,000 imej. Imej dan laporan boleh dicetak untuk analisis terperinci. SIGNOS ini akan menjadi perhatian yang besar dan sistem pemantauan pesakit yang jauh terutamanya di kawasan luar Bandar
4.MESIN PEREDARAN DARAH
Pada masa kini,pengurutan kaki merupakan cara perubatan asli yang diketahui ramai,alat-alat fisiologi juga semakin popular. Selama ini,Mesin Peredaran Darah menerokai pasaran dengan kesan pemulihannya yang memuaskan. Selain daripada ia bermulti-fungsi dan harganya yang munasabah,sebab utamanya adalah ia membantu pengguna-penggunanya memperolehi kesihatan semula . Mesin Peredaran Darah ini direka berdasarkan cara perubatan tradisi Cina termasuk urut kaki,`gua sa`,`akupunktual` dan perubatan barat termasuk elektrik statik dan ‘ultra long wave’.Mesin ini boleh menyelaraskan sistem peredaran darah dan urat di dalam badan manusia.
5. SPECTRA KNEE CPM
Alatan ini sangat berguna kepada pesakit terutamanya pesakit orthopedic selepas pembedahan kaki dimana ia berfungsi menggerakkan kaki untuk senaman. Memudahkan pegawai physiotherapy kerana ia hanya perlu meletakan kaki pesakit diatas alat tersebut dan mesin ini akan menggerakan kaki pesakit berdasarkan masa dan juga paras ketinggian yang telah disetkan pada CPM berkenaan
6.Iomai Corp
Adalah satu alat yang digunakan untuk menyuntik vaksin kepada pesakit yang takut ataupun tidak selesa sekiranya menggunakan jarum dan picagari. Cara yang terbaru ini akan menyamaikan vaksin melalui kulit pesakit tanpa merasa sakit. Walaupun cara suntikan yang diberi berbeza dengan cara menggunakan jarum dan picagari, tetapi kesan vaksin yang diberikan adalah sama dengan cara suntikan melalui jarum dan picagari. Tambahan pula, tindak balas vaksin tersebut ke atas sistem immunisasi pesakit pun adalah sama. Cara ini amat bagus untuk mengubah psikologi pesakit terhadap pemberian vaksin kerana bagi mereka suntikan vaksin sakit apabila menggunakan jarum dan picagari.
7.VEIN VIEWER
Urat darah mungkin sukar untuk dikesan dalam kebanyakkan pesakit tidak mengira umur, ton atau keadaan kulit sekali pun. Oleh itu, satu syarikat telah mencipta satu alat untuk memudahkan pegawai perubatan dalam mengesan urat darah bagi pesakit mereka. Nama alat pengesan urat tersebuat adalah Vein Viewer. Alat tersebut adalah sesuatu yang unik dan sesuai dengan teknologi terkini kerana alat tersebut akan digunkan untuk mengesan urat pesakit yang berada di bawah kulit dan alat tersebut juga akan memantulkan imej urat pesakit di atas permukaan kulit supaya mudah dan jelas untuk dilihat.
8.STORK
9.ROBOT JURURAWAT
Robot jururawat yang diberi oleh nama uBOT-5 ini diperkembangkan oleh Rod Grupen, ilmuwan komputer dari Universiti Massachusetts. uBOT-5 ditambah dengan dua tangan yang boleh membawa benda kecil. Keunikan, robot ini juga dapat mempergunakan stetoskop untuk memeriksa keadaan kesihatan pesakit.
10.. TenderTYKES Pacifier Digital Thermometers
Alat ini adalah salah satu inovasi untuk memudahkan pengambilan sushu badan bayi terutamanya untuk kegunaan dirumah. Ia sangat lembut dan berbentuk ‘orthodontic nipple’ dan pengambilan suhu adalah selama 90 saat. Ia boleh merekod suhu, kalis air untuk mudah dicuci dan juga dilen
No comments:
Post a Comment